Motosikal yang ditunggangi pelajar itu berlanggar dengan sebuah kereta berhampiran sebuah pasar raya di Tanjung.

Mangsa yang cedera parah meninggal di tempat kejadian, dan jenazah akan dikebumikan malam ini di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim di sini.

Ketika kejadian, Izzat yang juga atlet menembak negeri dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Losong, di sini, kira-kira pukul 5 petang. - UTUSAN ONLINE