Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, Kemalangan pada pukul 7.55 malam itu menyebabkan pemandu kereta Perodua Myvi, S. Nimal Nair, 22, retak jari kaki kanan dan tulang selangka kiri.


Katanya, pemandu ambulans, Zainalabidin Abdul Halim, 51, dan seorang pesakit berumur 71 tahun serta anak lelakinya berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat apabila kereta Perodua Myvi tersebut tiba-tiba datang dari arah bertentangan dan melanggar bahagian sisi kiri hadapan ambulans.


“Ambulans tersebut dalam perjalanan untuk membawa warga emas bagi rawatan akibat angin ahmar serta anaknya ke Hospital Jempol,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE