Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh yang sama, kawasan perairan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Ribut petir juga dijangka berterusan sehingga awal petang ini di perairan Pahang, Johor Timur dan Sarawak (Rejang dan Mukah).

Amaran yang sama turut dikeluarkan khusus untuk aktiviti perkapalan, di mana angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, Bunguran, Layang-layang, Palawan dan Sulu sehingga Sabtu ini.

Ribut petir juga dijangka berterusan di perairan Phuket, Tioman, Bunguran, dan Reef South sehingga awal petang ini yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.- BERNAMA