Mangsa, Muhammad Ashmik Zafir Md. Zahid dan Mohammad Firwan Radhi lemas selepas mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

Kejadian itu disedari oleh seorang lagi rakan mangsa yang berada di tebing sungai.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, rakan mangsa telah memberitahu kejadian itu kepada penduduk kampung dan mereka bergegas ke sungai berkenaan untuk menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak itu.

Bagaimanapun katanya, ketika dibawa naik ke darat, mereka mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.42 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

“Sebaik sahaja sampai, kami mendapati dua kanak-kanak itu telah dibawa ke tebing oleh orang awam dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya.