Beliau berkata, petugas lapangan terbang membantu menyelamatkan para penumpang.

Pesawat Airbus 300-600 itu mahu berlepas ke Teheran apabila ia tergelincir sejauh 100 meter dari landasan dan masuk ke dalam salji. Punca kejadian belum diketahui.

Kemalangan itu menyebabkan satu dari tiga landasan lapangan terbang itu ditutup tetapi ia dijangka tidak menjejaskan jadual penerbangan lain. - AP