Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd. Noor berkata, penutupan pusat pemindahan pada kira-kira pukul 2.30 petang itu dibuat selepas pihaknya mendapati fenomena air pasang telah pun berakhir dan banjir akibat bencana alam itu telah surut.


“Sehubungan itu kesemua 71 mangsa daripada 23 keluarga yang masih ditempatkan di pusat pemindahan itu sehingga semalam telah dibenarkan pulang.


“Namun, kita menghadapi kekangan petugas untuk kerja-kerja pembersihan rumah mangsa hari ini, jadi saya mohon jasa baik pihak berkenaan untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Khamis lalu, seramai 64 penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Kuantan, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Siam dipindahkan ke pusat pemindahan itu selepas rumah mereka dinaiki air sehingga 0.5 meter akibat fenomena air pasang besar. - UTUSAN ONLINE.