Setakat pukul 9 malam ini, kesemua mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan di Bestari Jaya di sini setelah kediaman mereka dinaiki air setinggi kira-kira 0.5 meter.

Menurut jurucakap pusat pemindahan itu, jumlah mangsa banjir itu merupakan 25 keluarga yang dipindahkan dan terdiri seramai 38 orang lelaki manakala 36 orang merupakan wanita.

"Jumlah itu termasuk 22 orang kanak-kanak, seorang bayi perempuan manakala tiga lagi merupakan orang kurang upaya (OKU)," katanya jurucakap itu di sini malam ini.

Pada masa sama, orang ramai turut dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang fenomena ini berlaku selain segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya keadaan bencana bertambah buruk. - UTUSAN ONLINE