Menurut beliau, perkara itu bagi membolehkan proses menyalurkan bantuan dibuat dalam kadar segera selepas diperakui pegawai di setiap kawasan terjejas.

Tambahnya, pihak Jawatankuasa Bencana Negara akan menguruskan sumbangan itu dan dilaksanakan tanpa mengikut warna kulit atau perbezaan fahaman politik.

“Saya sudah arahkan supaya semua proses dokumentasi mangsa banjir disiapkan sebelum pukul 10 pagi esok bagi memastikan penyampaian sumbangan diuruskan dengan kadar segera,” katanya ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, di sini hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengingatkan semua pihak supaya sentiasa bersedia menghadapi perubahan cuaca yang dijangka bermula bulan ini dan berterusan sehingga Februari tahun depan.

Selain itu, penduduk di Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis juga diberi amaran tentang hujan lebat yang dijangka berlaku pukul 6 petang ini. - UTUSAN ONLINE