Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa yang berusia 60 tahun berasal dari Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor.

"Kami menerima laporan pada pukul 9.53 malam ini yang memaklumkan terdapat sebuah sampan terbalik kira-kira tiga kilometer dari persisiran pantai Sungai Ular.

"Apabila tiba di lokasi, seorang lelaki ditemukan lemas dan seorang lagi selamat," katanya ketika dihubungi di sini.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengetahui tujuan mereka ke pantai berkenaan. - UTUSAN ONLINE