Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzhulkhairi Mukhtar berkata, motosikal terbabit melanggar sebatang pokok Angsana dalam kejadian itu.

"Mangsa, Muhammad Izharul Haq Abdul Mutalib disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

"Sementara abangnya, Muhammad Huzair Al-Hakim cedera parah di bahagian kepala dan masih dalam keadaan koma kini mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama," ujarnya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE