Jurucakap bomba berkata, mereka terdiri daripada 73 pelajar perempuan dan 24 pelajar lelaki.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.24 pagi.

"Pelajar UPSI yang terperangkap diiringi oleh anggota penyelamat ke tebing  dan kemudiannya ditempatkan di lokasi yang selamat setelah banjir surut sebelum diserahkan kepada pihak unversiti," katanya.

Sementara itu, katanya, jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di daerah ini hari ini berjumlah 57 orang yang terdiri daripada 18 buah keluarga.

"Seramai 10 penduduk yang merupakan mangsa terbaru ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Sumpitan hari ini," katanya. - UTUSAN ONLINE