Sembilan daripada 15 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup sejak semalam hingga pagi ini.


PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Teladas, Masjid Kampung Batu 16, Masjid Kampung Batu 14, Dewan Orang Ramai Batu 14, pusat pemindahan Lubok Megat, Surau Haji Osman, Surau Kg Ban Ho, Pusat Pemindahan Kampung Pasir Gajah dan Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).


Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman memberitahu, sehingga pukul 11 pagi ini, hanya 1,941 mangsa daripada 451 keluarga masih berada di enam PPS di daerah berkenaan.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 843 orang manakala SK Seri Iman seramai 504 orang, Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor (226), Surau Pulau Tempurung (105) dan SK Binjai (84),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE