Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara banjir dibuka di negeri ini.

Pusat-pusat pemindahan sementara itu menempatkan 489 mangsa daripada 162 keluarga.

Jumlah penduduk dipindahkan dijangka meningkat berikutan kedaaan cuaca yang masih tidak menentu. - UTUSAN ONLINE