Bagaimanapun, menurut Tmbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah, identiti mangsa termasuk sama ada warga tempatan atau pekerja asing masih belum dikenal pasti.

Menurut beliau, mereka merupakan antara 43 pekerja yang menaiki dua buah bas pekerja berkenaan yang difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja untuk memulakan syif pagi.

Tambahnya, kemalangan itu turut mencederakan 35 yang lain termasuk tiga lelaki dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

“Hasil siasatan awal, kita dapati kemalangan berlaku selepas sebuah bas pekerja yang menuju ke Batu Kawan merempuh sebuah lagi bas pekerja dari arah belakang yang ketika itu berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tambah beliau, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya turut mendapati tiga mangsa tersepit namun berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dan dihantar ke HSJ untuk rawatan. - UTUSAN ONLINE