Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata, selepas menerima panggilan orang awam pukul 12.58 tengah hari, seramai 30 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja pasukan kami tiba, api sudah marak dan memusnahkan sebahagian besar rumah di kawasan itu. Api merebak terlalu cepat kerana struktur binaan rumah menggunakan kayu selain terlalu dekat di antara satu sama lain.

“Api dapat dikawal dalam masa 30 minit. Setakat ini kerugian dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. - UTUSAN ONLINE