DR. MUHAMMAD YUSOF SIBERT
DR. MUHAMMAD YUSOF SIBERT

Walau bagaimanapun, seorang daripada mereka telah dihantar ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan ekoran kecederaan yang dialaminya.

Pengarah HPSF, Dr. Muhammad Yusof Sibert berkata, tujuh lagi mangsa yang masih dirawat di hospital itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan.

“Enam daripadanya ditempatkan di wad biasa, manakala seorang lagi masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun pesakit itu juga berada dalam keadaan stabil.

“Kebanyakan pesakit yang cedera mengalami patah kaki dan beberapa kecederaan lain. Kemungkinan mereka terpaksa ditempatkan di sini lebih seminggu tetapi bergantung keadaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam, bas yang membawa 12 penumpang dari pekan Pagoh menuju ke Bandar Maharani bertembung dengan sebuah lori mengakibatkan pemandunya maut, manakala empat lagi penumpang hanya mengalami luka-luka kecil. -UTUSAN ONLINE