Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu dipercayai melibatkan kedai menjual pelbagai barangan yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pada musim cuti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, PPgB Othman Baher berkata, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan selain kesemua kedai terbabit terbakar keseluruhan.

“Kebakaran melibatkan deretan lapan buah kedai serbaneka jenis sementara berkeluasan 100 x 20 kaki. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini sebentar tadi.

Tambah Othman, pihaknya turut mendapat bantuan BBP Yong Peng bagi mengawal kebakaran terbabit. -UTUSAN ONLINE