Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, sehingga pukul 3 pagi tadi, kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Jawi dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ketika ini terdapat beberapa kampung seperti Kampung Wellesley, Kampung Lima , Kampung Sethu serta beberapa kampung berhampiran mula dinaiki air manakala jalan utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan Relau, Kedah kini terputus hubungan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, mangsa banjir setakat ini terdiri daripada 21 lelaki dewasa, perempuan dewasa (33 orang), kanak-kanak lelaki seramai 12 orang dan 13 kanak-kanak perempuan. - UTUSAN ONLINE