Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusof berkata, kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah malam semalam menyebabkan laluan sepanjang empat kilometer berkenaan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.


“Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh masih dalam tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang disambung pagi ini.


“Bantuan makanan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan dihantar hari ini setelah mendapat nasihat dan cara yang sesuai daripada JKR,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE