Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi.

Walau bagaimanapun, kata beliau, anggotanya tidak dapat segera pergi ke tempat kejadian memandangkan kawasan rumah panjang itu terletak di kawasan terpencil yang memerlukan mereka menaiki bot dari Marudi ke Baram yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan.

“Pihak bomba dimaklumkan tentang berlaku kebakaran di RH Langat setelah dihubungi oleh tuai rumahnya, Langat Anthony Collin.

“Tuai rumah memaklumkan untuk sampai ke lokasi kejadian, pihak bomba perlu menggunakan bot yang mengambil masa hampir tiga jam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, sepasukan anggotanya masih dalam perjalanan ke tempat kejadian dan belum dapat memaklumkan perkembangan terkini kejadian tersebut.

Setakat ini, katanya, pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang penduduk dilaporkan meninggal dunia dalam insiden itu kerana mengalami serangan jantung akibat terkejut.