Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi ketika kesemua mangsa sedang bersedia menaiki bas dan tiba-tiba sebuah kereta dipandu seorang warga tempatan merempuh mereka.

Menurut saksi di lokasi kejadian, Bahari Sitam, 58, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar dentuman kuat.

“Apa yang saya dengar, pemandu tersebut sedang bermain telefon sebelum dia cuba mengelak bas yang berhenti lalu merempuh kesemua mangsa,” dakwanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika kejadian kesemua mangsa sedang bersedia menaiki bas.

“Pemandu seorang warga tempatan cedera dan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk diberi rawatan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE