Ketika kejadian, difahamkan bas dinaiki seramai 55 pelajar itu dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar 2.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Ahsmon Bajah memberitahu, kemalangan itu tidak membabitkan sebarangan kemalangan jiwa. 

“Tiada kemalangan jiwa, hanya tujuh pelajar lelaki cedera ringan dan pemandu bas sekolah. 

“Mereka telah dirawat di Hospital Kota Tinggi dan klinik Air Tawar 2,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE