Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

7 motosikal, 4 kereta terbabas langgar tumpahan minyak sawit

Bomba bersihkan 2
ANGGOTA bomba menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak kelapa sawit di Jalan Stephen Yong pagi ini. - UTUSAN ONLINE

KUCHING 21 Mac - Sebanyak tujuh motosikal dan empat kereta terlibat dalam kemalangan akibat terbabas selepas melalui permukaan jalan yang licin di Jalan Stephen Yong di sini, awal pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi selepas berlaku tumpahan minyak kelapa sawit yang dibawa oleh sebuah lori yang melalui jalan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat diterima pada pukul 8.45 pagi, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang diketuai oleh Herudin Ealhi telah menjalankan operasi pembersihan jalan berkenaan.

“Tumpahan minyak sawit itu berlaku sepanjang 4 kilometer dari pusat komersial, Kuching City Mall sehingga ke persimpangan lampu isyarat Batu 4,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua kemalangan yang berlaku tidak melibatkan sebarang kecederaan serius pada mangsa atau pengguna jalan raya yang terlibat.

Katanya, operasi membersihkan tumpahan minyak selesai pada pukul 10.58 pagi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain