Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki mereka terbabas sendiri akibat hujan lebat.

“Van tersebut dalam perjalanan dari Perlis ke Bukit Aman dengan diiringi tiga buah kenderaan jenis Preve milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun tiga kenderaan lain tidak terlibat dalam kemalangan.

“Kesemua anggota polis dan OKT yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987. - UTUSAN ONLINE