Difahamkan sebanyak 16 pelatih berada dalam keadaan kritikal dan dihantar ke beberapa hospital sekitar Selangor termasuk Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan.

Sumber berkata, ketika kejadian kesemua pelatih berada dalam sebuah bas sebagai sebahagian daripada latihan.

“Akibat kepanasan, sebanyak 12 pelatih telah mengalami sawan dan pengsan.

“16 pelatih ditempatkan di zon merah (kritikal), seorang di zon kuning (sederhana) dan 44 di zon hijau (ringan),” katanya.

Menurutnya, tiga pelatih yang kritikal dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, tiga lagi dirawat ke Hospital Kuala Lumpur, dua masing-masing di Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah manakala enam mangsa dirawat di beberapa hospital lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan mengenai perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE