Kesemua pemancing  berusia antara 30 hingga 49 tahun itu ditemukan kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Kendi di sini, kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, maklumat awal yang diterima pihaknya mendapati bot yang dinaiki kesemua pemancing itu mengalami kerosakan enjin hingga menyebabkan mereka terperangkap di tengah lautan.

"Ketika ini usaha membawa pemancing itu sedang dilakukan dan djangka tiba di Jeti Batu Maung di sini malam ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini hari ini.

Awal pagi ini, Maritim Malaysia menggerakan operasi SAR selepas salah seorang abang kepada enam pemancing itu membuat laporan polis setelah mangsa beserta lima lagi pemancing lain tidak pulang dan gagal dihubungi.

Kesemua pemancing itu dilaporkan hilang selepas keluar memancing dan berlepas dari Jeti Tanjung Berembang sejak pukul 8 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE.