Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot itu yang dikendalikan tekong dikenali sebagai Khairul Anwar bersama lima lagi pemancing tempatan berlepas dari Jeti Tanjung Berembang, Nibong Tebal di sini, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, abang tekong itu yang dikenali sebagai Hasbullah membuat laporan polis selepas adiknya tidak pulang sehingga kini dan gagal dihubungi.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima awal pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hamizan, orang awam diminta  melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.  - UTUSAN ONLINE