Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan mengikut Kursus Asas Latihan Light Strike Force (LSF) siri 1 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

Difahamkan, kenderaan tersebut kemudian mengeluarkan asap menyebabkan orang awam dan anggota terselamat membantu mengeluarkan mangsa serta menjauhi lokasi kemalangan kerana bimbang akan terbakar.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mereka yang terlibat merupakan tiga anggota wanita dari unit LSF, dua dari unit lokap dan seorang dari unit jabatan siasatan jenayah manakala seorang anggota lelaki merupakan pemandu Land Rover tersebut.

“Empat daripada enam anggota polis menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami kecederaan di kaki, kepala dan badan manakala dua wanita lagi bersama pemandu Land Rover dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan trafik sesak selama dua jam di lebuh raya ber­kenaan menghala Parlimen serta dari arah Bulatan Pahang.

“Kes disiasat di bawah Sek­syen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.