Kesemua mangsa daripada 17 buah keluarga itu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara secara berperingkat sejak malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Raub, Norisman Idris berkata, mangsa yang dipindahkan adalah dari Kampung Melayu Cheroh, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Kuala Semantan.

“Seramai 10 orang daripada dua buah keluarga dipindahkan bermula pukul 9.30 malam semalam ke Surau Cheroh sebelum 37 orang orang dipindahkan ke balai raya Kampung Ulu Sungai.

“Diikuti 12 orang daripada tiga buah keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Kuala Semantan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Norisman, pada masa ini, Angkatan Pertahanan Awam giat melakukan pemantauan di kawasa sekitar bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

“Paras air Sungai Lipis bagaimanapun menunjukkan trend penurunan iaitu pada kedalaman 115.81 meter tetapi masih berada dalam kategori bahaya,” katanya. - UTUSAN ONLINE