Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Mohd. Ajib Ismail berkata, bantuan ini membuktikan yang kepemimpinan dan pasukan Baitulmal sangat efisien dan prihatin dengan nasib rakyat.

“Setiap kali berlaku musibah, pasukan Baitulmal tidak tunggu lama, terus turun padang untuk memantau dan menyalurkan bantuan, sehingga biarpun Baitulmal MAIWP berada di kedudukan nombor dua di belakang Selangor dari segi kutipan, tetapi kita telah dinobat sebagai Baitulmal paling aktif di Malaysia.

“Tetapi, yang saya kesalkan, apabila ada sedikit hitam (masalah), terus ditularkan dan dikongsikan beribu-ribu orang, sebaliknya apabila ada kebaikan yang dikongsikan, yang tekan like cuma pegawai-pegawai kita sahaja. Ini seolah-olah menunjukkan Baitulmal bermasalah, sedangkan hakikatnya tidak begitu, pasukan Baitulmal sebenarnya cukup proaktif dan inovatif,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Sebanyak 50 buah rumah pangsapuri dan gerai yang terjejas dalam kejadian ribut pada 16 Mac lalu menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM50,000 bagi meringankan beban mereka akibat tragedi tersebut. - UTUSAN ONLINE