Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Darren John berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.06 pagi dan tiga jentera bersama 16 anggota serta pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman bermula pukul 1.16 pagi dan api dapat dikawal sejam kemudian menggunakan sumber air sungai berdekatan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarelawan Zon Silam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Darren menambah, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada pukul 6 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE