Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Abdul Razak Muda berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.11 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati empat rumah kelas C terbakar dan kemusnahan adalah 90 peratus.

“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan yang mengalami cedera teruk dan dihantar ke hospital.

“Mangsa yang ditemukan rentung terdiri empat lelaki dan seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia. Identiti mangsa sedang dikenal pasti,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE