Ketua Polis daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa dikenal pasti sebagai, Mat Koleh,40-an; isterinya, Ummi, 40-an; 
 Habib, 40-an; Misbahul Anuar,17, dan Toyibah.

“Jumlah mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini enam orang kesemuanya termasuk seorang cedera.

“Identiti, nama dan umur kesemua mangsa diperoleh daripada temubual rakan-rakan mangsa di tempat kejadian. Kesemua pasport mangsa musnah dalam kebakaran.

“Menurut rakan mangsa kesemua yang terlibat akan bertolak pulang ke Indonesia dijangka menaiki kapal terbang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pukul 3 petang ini,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kebakaran melibatkan empat rumah setinggan di mana mangsa dari tiga rumah lain berjaya menyelamatkan diri.

“Manakala lima mangsa itu gagal untuk menyelamatkan diri kerana api marak begitu cepat,” katanya. - UTUSAN ONLINE