Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku pukul 5.40 petang semasa bot ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Sibu ke pekan Kapit.

Katanya, kemalangan berlaku apabila bot berkenaan secara tidak sengaja terlanggar dermaga penyimpanan kayu balak di Kem WTK di tebing Sungai Batang Rajang.

“Rempuhan menyebabkan berlaku gegaran kuat pada bot ekspres sehingga air melimpah memasuki tempat duduk penumpang.

“Namun, tiada penumpang yang mengalami kecederaan dan kesemua mereka berjaya naik ke tebing sungai dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini. - UTUSAN ONLINE