Hujan lebat sejak petang semalam itu menyebabkan kampung tersebut ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter dan sebuah pusat pemindahan di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields dibuka mulai pukul 10.50 malam semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd. Noor berkata, pecahan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan ialah 13 lelaki, 11 perempuan, 13 kanak-kanak serta sembilan warga emas.


“Buat masa ini, logistik dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan kekuatan sebuah ambulans, sebuah lori 5 tan dan sebuah bot ditempatkan di lokasi bagi operasi menyelamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE