Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Lt. Kol Effendy Ali berkata, mangsa adalah dari Kampung Bukit Berlian dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai.

"Banjir dipercayai akibat hujan sederhana lebat pada 11 pagi semalam. Bagaimanapun cuaca hari ini baik dan kami akan terus memantau keadaan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, pelbagai agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut memberi bantuan kepada mangsa banjir. - BERNAMA