Peniaga kedai makan, Mehrajbanu Abdul Rahim

Malah penduduk juga menyifatkan bencana kali ini berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan pelbagai barangan berikutan air naik secara mendadak.

Menceritakan detik cemas, seorang penduduk, Syed Subahan Syed Muhamad, 51, membe­ritahu, kediamannya dinaiki air kira-kira pukul 4.30 petang semalam sebelum surut pada pukul 9.30 malam tetapi air naik semula pada pukul 1 pagi ini.

Menurutnya, dia bersama isteri, Mehrajbanu Abdul Rahim, 47, serta tiga anaknya berusia antara 17 hingga 23 tahun terpaksa menunggu bantuan pihak bomba dan penyelamat di atas tembok berhadapan rumahnya.

“Disebabkan kami sering berhadapan banjir sebelum ini, barang-barang keperluan dile­takkan di tempat tinggi tetapi malang apabila kesemuanya musnah kerana air naik melebihi daripada paras dijangkakan dan kerugian dijangkakan RM2,000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

PULAU PINANG 5 NOVEMBER 2017 - MUSGHOT : Imam Masjid Rawana, Mohd
Imam Masjid Rawana, Mohd. Shakir

Sementara itu, Imam Masjid Rawana, Jalan P. Ramlee, Mohd. Shakir Mohd. Tahir, 57, berkata, pihaknya pasrah apabila ke­seluruhan kawasan masjid tersebut dinaiki air kira-kira pukul 12 tengah malam tadi dan merosakkan kelengkapan masjid terma­suk karpet yang baru digantikan September lalu.

“Masjid ini dikelilingi sungai, jadi apabila hujan lebat dan air naik, ia akan menyebabkan kawasan luar dan dalam bangunan ini turut dinaiki air. Seingat saya, kejadian banjir kilat kali ini pa­ling buruk pernah saya alami dan lebih buruk daripada bencana 15 September lalu.

“Bagaimanapun, kita bersyu­kur kerana pada waktu kejadian, jemaah tiada di dalam masjid dan kita hanya mendapat maklumat daripada penduduk di kawasan berhampiran,” katanya ditemui ketika membersihkan kawasan masjid.

Tambah seorang mangsa, Yeu Ah Guat, 54 berkata, dia dan suami, Ong Chong Yee, 55, serta dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun perlu menunggu di atas bumbung rumah hampir enam jam sebelum pihak bomba datang menyelamat.

“Kami hanya sehelai sepinggang, tanpa kasut dan cuaca sejuk, kami berdepan detik cemas itu, namun tetap bersyukur kerana masih selamat dan ditempatkan di pusat pemindahan, Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Pe­rak,” jelasnya.

Katanya, dalam kejadian banjir kilat September lalu, dia yang juga mangsa telah menghantar borang bantuan RM400 diperuntukkan kerajaan negeri tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.