Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, lori katering jenis Hicom syarikat itu datang dari arah Tanjong Karang menuju ke Sungai Besar sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan seterusnya terbalik

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Zulhilmi Mohd Ridzuan berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, anggota kami mendapati lori jenis Hicom tiga tan telah terbalik dan melibatkan tujuh mangsa iaitu dua lelaki dan lima wanita.

"Empat mangsa parah dan tiga yang lain cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE