Dalam kejadian pukul 7 malam itu, Teoh Kow Leng, 41, bersama-sama dua anaknya yang berusia 14 dan 15 tahun sedang mengemas bengkel tersebut untuk menutup operasi perniagaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, Ketika seorang mangsa sedang mencuci tumpahan minyak petrol di premis itu dipercayai secara tidak sengaja tumpahan petrol berkenaan terbakar.

Jelas beliau, kebakaran itu berlaku akibat sumber haba dalam bengkel berkenaan yang bertindak balas dengan minyak petrol tersebut yang tumpah.

“Kebakaran tersebut menyebabkan Teoh Hwa Teik, 12, melecur kira-kira 20 peratus di badan, tangan dan kaki manakala bapa serta dua yang lain hanya melecur sedikit di kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Bahri berkata, kesemua mangsa terlibat termasuk Kow Leng yang mengalami sesak nafas dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini bagi mendapat rawatan lanjut.

Katanya, ketika kejadian berlaku, ibu dan datuk kanak-kanak terbabit turut berada dalam premis tersebut namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bomba menerima maklumat tentang kejadian itu pada pukul 7.53 malam dan setiba di tempat kejadian mendapati api sudah dipadamkan oleh keluarga berkenaan.

“Kebakaran yang disebabkan tumpahan petrol itu juga tidak menjejaskan strukutur premis bengkel tersebut,” katanya dan memberitahu operasi membabitkan lapan pegawai dan anggota itu tamat pada pukul 8.15 malam.