Menurut bomba, mereka tidak menjangkakan penemuan mangsa lain daripada lokasi kejadian yang dipercayai berpunca daripada letupan gas.

“Berdasarkan pengiraan kami daripada pasukan penyelamat dan kelengkapan kami, tidak ada lagi mangsa sepatutnya berada di bawah sisa runtuhan itu,” kata Ketua Perkhidmatan Penyelamat Kebangsaan, Leszek Suski.

Tambahnya, sebanyak 40 orang berada di dalam bangunan itu semasa ia runtuh kira-kira pukul 7.50 pagi waktu tempatan. - AFP