Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak, daripada kes yang dilaporkan menyebabkan sebanyak 798 penghuni terjejas.

Ujarnya, kejadian yang dilaporkan turut melibatkan 90 pintu rumah di empat rumah panjang iaitu di Rumah (RH) Chandi, SK Sungai Tau; Uma Bawang, Sungai Asap ; RH Umpang, Ulu Bauh Celon, Selangau dan RH Panjang Buyong, Jalan Lidong, Betong, Sarawak.

“Beberapa kawasan terlibat diberikan alat pemadam api namun hanya di RH Chandi, SK Sungai Tau, Selangau sahaja tiada sebarang program kesedaran kebakaran dibuat sehingga menyebabkan seorang orang kurang upaya (OKU) maut dan seorang cedera dalam kejadian kebakaran 14 April lalu,” katanya di sini.-UTUSAN ONLINE