Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, bas yang membawa sekurang-kurangnya 25 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke ibu negara sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai, berkata empat penumpang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dekat sini.

"Setakat ini jumlah sebenar penumpang bas ekspres terbabit masih belum dapat dipastikan dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan," katanya di sini hari ini - UTUSAN ONLINE