Bagaimanapun, tindakan pantas penduduk dan pasukan bomba berjaya menyelamatkan lapan buah rumah lain yang dibina sederet dengan rumah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.52 petang dan mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Sungai Pinang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan beberapa buah rumah yang mempunyai 12 pintu Kelas A yang masing-masing berkeluasan 111.4 meter persegi terbakar.

“Empat buah rumah yang terbakar ini musnah sepenuhnya, namun tiada mangsa yang mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE