Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri di sini hari ini, sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ahmad di Tambung Tulang.

Kata kenyataan itu, kawasan penduduk yang paling teruk terjejas adalah di Kampung (Kg.) Tambun Tulang yang melibatkan 16 buah rumah diikuti Kg. Padang Tengah (lima) dan Kg. Telok (dua).

“Turut terlibat Kg. Bohor Mentalon (dua) dan Kg. Chemumar (dua) selain masing-masing sebuah di Kg. Padang Besar Selatan; Kg. Peladang; Kg. Banat; Kg. Alor Ara; Kg. Surau; Kg. Baru; Kg. Seri Gelam; Kg. Behor Mempelam; Kg. Tebuk, Kg. Sungai Baru dan Kg. Sungai Berembang,” kata kenyataan itu lagi.

Difahamkan, hujan lebat yang disusuli ribut yang berlaku kira-kira sejam bermula pukul 6 petang itu telah mengakibatkan kebanyakan bumbung rumah penduduk yang terjejas diterbangkan angin kencang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut turun padang semalam, bagi menghulurkan bantuan segera selain memberi jaminan bahawa rumah-rumah penduduk yang terjejas akan diperbaiki dengan kadar segera. - UTUSAN ONLINE