Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam negeri, Kapten (PA)Saifuddin Abdullah berkata, dua pusat pemindahan dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang dan dewan Kampung Raja di Langkawi membabitkan 41 keluarga.


Menurutnya, tiga pusat pemindahan lagi dibuka di dewan Kampung Majidee, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu dan SK Kechil Ulu di Bandar Baharu.


“Di pusat pemindahan dewan Kampung Majidee hanya dua keluarga dipindahkan membabitkan 10 mangsa manakala di SK Bandar Baharu (88 mangsa daripada 28 keluarga) dan SK Kechil Ulu ( 111 mangsa daripada 27 keluarga),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, dua pusat pemindahan yang dibuka semalam iaitu di Surau Kampung Tengah dan dewan Kampung Tengah, Kuala Muda yang menempatkan keseluruhan 214 mangsa daripada 49 keluarga ditutup sepenuhnya pada 8 pagi ini.