Dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu, pemandu Proton Persona, Chen Sek Yee, 29, yang berasal dari Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pemandu dan semua penumpang bas berkenaan selamat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, Sek Yee yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Kemaman, Terengganu dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres itu.

“Pemandu Proton Persona yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

“Pemandu bas ekspres, Abdullah Mat Amin, 55, berasal dari Kampung Jeram Hilir, Kuala Terengganu disahkan mempunyai lesen memandu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik di sini hari ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noor, polis sudah mengambil sampel darah serta air ken­cing Abdullah untuk ujian toksikologi di Jabatan Kimia negeri.

“Siasatan turut mendapati ketika kejadian keadaan jalan gelap kerana tidak mempunyai lampu namun keadaan cuaca baik serta jalan lurus. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.