Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua pemuda telah ditahan bagi membantu siasatan kejadian manakala seorang lagi masih dicari.

"Kejadian berlaku pada pukul 8.40 malam di atas persimpangan bertingkat di depan kuil tersebut apabila mercun yang sepatutnya melayang ke udara meletup di atas jalan raya dan mengenai orang ramai, " katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Samsor memberitahu, kejadian tersebut turut menyebabkan beberapa buah kenderaan rosak.

Tambahnya, suspek akan direman pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan apa-apa benda letupan. - UTUSAN ONLINE