Difahamkan hujan berterusan sejak semalam menyebabkan air naik dan berlakunya banjir.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata, kesemua mangsa dari tiga bahagian iaitu Kuching, Samarahan dan Serian.

“Kawasan terjejas di Kuching melibatkan Kampung Sungai Batu dengan 35 mangsa, Kampung Buntal Lot (125 mangsa) dan Kampung Sungai Laru (121 mangsa).

“Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Surau Ar Rahman, Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, bahagian Samarahan pula mempunyai satu pusat pemindahan sementara di Dewan Pembangunan Sebuyau bagi 23 mangsa dari Kampung Baru Sebuyau.

“Bahagian Serian juga mempunyai satu pusat pemindahan sementara di Dewan Betong Kenawit bagi 16 mangsa dari Kampung Betong Kenawit,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE