Pelajar-pelajar yang berusia antara 16 hingga 17 tahun itu mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Taiping dan Hospital Taiping setelah mengalami gejala seperti muntah, sakit perut dan cirit birit.

Namun begitu, hanya seorang daripada mereka dimasukkan ke dalam wad, tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Perak (Kesihatan Awam), Dr. Venugopalan K. Balan berkata, ekoran kejadian itu, dewan makan sekolah berkenaan telah diarahkan untuk ditutup bagi siasatan lanjut.

"Tindakan penyiasatan dan kawalan masih diteruskan. Hanya dewan makan ditutup dan bukannya sekolah.Penutupan dewan makan ini biasanya akan mengambil masa antara satu hingga ke dua hari.

"Bagaimanapun, terlalu awal untuk mengenal pasti punca kejadian disebabkan penyiasatan masih belum tamat," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE