Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, mangsa banjir terdiri daripada penduduk di Taman Desa Impian, Tanjung Rambutan di sini.

“Setakat pukul 12 tengah hari ini hanya sebuah pusat pemindahan dibuka dan proses pendaftaran mangsa banjir masih berjalan,” katanya.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Wesley Methodist di Jalan Silibin di sini turut dilanda banjir kilat namun tidak menjejaskan sesi pembelajaran murid.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya hanya membuat pemantauan di kawasan sekolah terlibat. - UTUSAN ONLINE